antisocial

>> Saturday, November 25, 2017

Wellooo!
Blog dihiasi unggas ria nampak gayanya. Actually ada je menulis, tapi draft sajork. Ni pun silap2 save draft. Dahsyat ea sekarang dah ada blogger apps. Tapi aku tak download lah, kejung puleks phone ni karang. Sekarang tengah menaip guna browser je, guna phone la sebab malas nak bukak laptop.

Ikut tajuk tu, rasa semakin antisocial sekarang. Aku deactivate fb early this year. Time tu tengah menyampah dengan masyarakat. Hahaha! Truth is aku tak boleh tolerate dengan posting2 yang nak tunjuk semua benda. Or senang kata yang jenis batak like, even post sendiri pun kau like. Apa sedih sangat kau nih? Ahahaaaa! Cumanya, aku memang tak kuasa lah nak view fb orang. Mostly just nampak bila log in tu kat 'home' kita. Scroll sikit2 pun dah rasa menyampah, so baiklah aku deactivate terus.

Tu acik punya problemlah kan. Maka itu lah juga solutionnya. Idokler aku meroyan marah orang2 post pasal anak bini laki sekolah masakan shopping segala tu. Dah uols yang hadap attention, dipersilakan. Pasal most of them pun jenis berlumba-lumba tunjuk life masing2. Untunglaaaaa ada anak laki ye dok? #sissentapke ahahahaa! But, benda ni aku tak rasa menyampah pulak kalau dengan close friends. So, bila rasa macam tu maka aku maintain di Instagram sahaja.

Those kawan yang aku follow di Instagram memang yang aku tak kisah korang nak share apa pun. Plus aku memang follow banyak account tapi followers account sendiri memang limited. Senang kata, kita sendiri lah pilih apa yang menyenangkan hati sendiri. Aku depressed lebih 2 tahun kebelakangan ni. So untuk elak menambah stress level yang memang tinggi, kita back off sendiri lah.

Ada juga aku log in fb lama tu. Tapi memang tak lama. Semata tenguk 'on this day' tu je. Sayangla juga account tu sebab banyak album kan. Nantilah ada masa aku kena save balik kot gambar2 yang ada. Sebenarnya ada 2nd account juga, tapi memang tak friend dengan sesiapa. Ahahaaa! Follow pages sahaja, pasal suka la tenguk makan2 orang niaga tu. Ada fb tu sebab standby kalau nak contact CS bila shopping kat lazada ke 11street ke and jenis2 gitu lah. Tapi sebab ada twitter so ok juga la, twit handle account service2 ni dorang pantas reply.

Hmmm... Apa lagi? Aku sebenarnya tengah annoyed dengan group whatsapp. Percayalah, ada sesetengah group aku tak bukak n baca pun. Terus archive je. Ada sampai beribu unread. Kadang terklik je tapi tak kuasa lah nak baca. I dunno sampai bila nak jadi macam ni. Kalau diikutkan karakter dari kecil sampai remaja, aku bukan jenis antisocial. Aku sangat suka new friends.

Tapi maybe sebab makin dewasa, makin ramai manusia kita kenal. Makin banyak luka2 di hati yang tak kelihatan, kita jadi selective. Aku ada trust issues. Sebagai manusia yang sangat mudah kesian and sejenis loyal, aku susah move on. Orang tipu pun aku still rasa, don't move, please stay. Ala2 bodoh benak jua. Sangat susah untuk let go. Cumanya, sebulan dua ni aku berfikir, let it go. Sebab aku sedar memaafkan tu sama susah untuk melupakan. Ikut history aku tak berbaik semula dengan ex-es. So tatau how i will treat them kalau masih berkawan. Tapi sekarang ni tahu dah lah. The pains still there. So ada baiknya kita tinggalkan apa yang menyakitkan itu. Move on n teruskan kehidupan sendiri. Karakter aku berubah disebabkan perkara-perkara begini. Dah cukup tua pun. Banyak lagi benda stress nak kena hadap. So eliminate mana yang kita dah tahu buat apa pun takkan di appreciate. Sayangi diriku konsepnya bak kata kak pajula.

Tak pasal bertahun tak menulis, sekali tulis kemain panjang. Tadak kepentingan ummah pun. Just rambling untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Gittewwww!
It's November. Bulan kelahiran sisturrrr! Makin tua dah, takda minta lebih. Semoga yang baik-baik sahaja untuk diri ini. Banyak planning masa depan, hopefully berjalan lancar or at least nampak hala tujunya. Bab2 kahwin usah ditanya. Jujur kata, aku takda bayangan untuk hidup berdua dengan stranger. Tak tahu nak menerima orang asing, sebab aku stop accept stranger tahun 2007 dulu. Udah 10 tahun, luka paling dalam gitu. Ahahahaaa


Acik antisocial. Terima aku seadanya. Tibaaahhhh

1 Turnover:

Fukusyima Azmira Fesal December 28, 2017 at 8:54 AM  

blog aku jua sendu di alam maya dah. Hahahaha!