disebabkan macam gatal tangan nak menaip tapi tatau nak tulis pasal ape. so, aku decide nak tulis pasal kucing aku, si Miki. esok, insya Allah aku hantar mamat tu boarding untuk sunat. aku hantar malam lah kot, after maghrib. sebab nak bagi dia makan dulu kat rumah. sebab dia kena puasa 12 hours before sunat kan.. kalau aku hantar awal, mahu tak makan mamat ni 24 jam. Miki ni kan tak friendly, lepas tu garang semacam.. macam last time boarding kan dia stress, tanak makan. so, ni aku hantar lambat sikit.. dapatlah dia makan dulu.
aku nak share sikitlah tempat-tempat aku beli barang or makanan kucing. atas dasar cheapskate, haruslah aku cari tempat yang jual murah kan. macam sebelum ni, aku ada bagitahu beli carrier dekat kucing4sale. lepas tu, aku beli cat tree kat situ jugak.
gambar google, size M: RM59
cat tree ni yang aku beli, RM165
then aku beli jugak water fountain. tapi dah tak berguna lah kan.. sebab Miki takde perasaan tenguk air blup blup
gambar google, Catit Water Fountain: RM65
aku beli semua ni masa awal-awal bela Miki. konon-konon keperluan lah kaedahnya. tapi, pet carrier memang penting. even aritu, masa aku nak suruh dia naik rumah semula pun aku guna carrier nak bawak naik ke atas. gile kau! kang kena cakar..abes calas balar. sekarang pun dah bermacam-macam kesan aku dapat.
lepas tu, aku memang dah plan nak tukar kibbles mamat nih. macam aku sebut last time, aku bagi dia makan Blackwood Adult. Time tu beli dekat Vet sebab kebetulan survey klinik.
Blackwood Original Formula 6kg: RM97
Boleh dapat cheaper price kalau beli dekat petshop. kena pandai-pandai carilah mana yang murah. nanti aku share satu lagi Petshop yang jual barang murah. macam BW tu, boleh dapat RM78.
Disebabkan aku nak tukar kibbles dia, so aku decide nak bagi yang grain free terus. makanya, makanan Miki sekarang jadi Super Premium. BW tu Premium, dah elok dah. cuma, dia macam tak excited nak makan. jadi aku geram pulak..lepas tu, mamat tu kan tak minum air sangat. macam sembelit pulak dia. sebab tu aku decide bagi yang grain-free. bagi memudahkan proses penyahtinjaan beliau.
Aku start bagi Orijen 24 Sept 2013. kira dah sebulan lah kalau kira sampai hari ni. masa mula-mula nak tukar, kena buat sikit-sikit. sebab kalau mendadak nanti dia stomach upset katanye. ko ingat ko sorang je reti sakit perut? hehehe... mula-mula aku buat macam orang cerita, campur sikit-sikit. tapi, disebabkan Orijen ni bau kuat giler dan dia buat BW hilang bau bila bercampur, langsung Miki tanak makan... kata pun seisi berkenalan, Miki masih nak makan BW walaupun dia tak berapa makan. so, aku decide beli tempat makan yang 2 mangkuk tu. sebelah aku letak BW, sebelah lagi letak Orijen. memang tak bercampur supaya bau makanan ni tak campur aduk.
then, aku nampak Miki makan BW lah. Orijen dia makan sikit-sikit. dah sebulan ni, aku perasan Orijen memang confirm habis dan BW masih aku tak topup even dah 2 hari. sekarang BW ada lagi sikit, kang aku wakaf ke stray je lah. Miki dah fully makan Orijen je. cuma kadang-kadang aku tak topup Orijen waktu malam sebab aku nak dia makan balance BW dia. tak luak sangat pun aku tenguk..tempat Orijen memang licin kalau pagi.
Petshop yang aku beli Orijen ni, aku jumpa kat Mudah.my. lepas tu, pergi FB doranglah untuk check. aku pergi cawangan Shah Alam sebab aritu after class boleh terus berdesup ke sana. nama petshop ni
Pet Micasa. siap dah jadi member lagi... so far aku adalah beli litter scoop dan grassbits dengan dorang. sebab nak beli benda lain macam carrier & cat tree aku dah ada. Pet Micasa ada 3 tempat, tak silap Balakong tu main HQ. lepas tu ada satu kat Bangi. korang rajin, pergi lah check sendiri mana mudah nak datang ke kedai. aku memang idokler ke Bangi or Balakong. silap-silap sesat mana hala aku karang kan.. baik ler pergi yang kat Shah Alam tu je. lepas tu, harga cat tree dorang lagi murah dari yang aku beli. nak menggelupur aku tenguk aritu.. dah lah lawa-lawa. rasa nak beli lagi satu. tapi, sape pulak nak bertenggek atas tu kan? hahahaha!
Orijen 2.27kg: RM83
owh, gambar tu tunjuk 6.8kg. aku tak jumpa gambar pack yang 2.27kg.. ala, sama je pun. lepas ni aku nak beli yang bigger size sebab lagi murah. yang 6.8kg boleh dapat RM177. yes, dia memang 2 kali ganda dari BW. tapi, good for Miki lah. lagipun aku tenguk poo dia dah tak kering sangat. ahkak pasrah je uolsss! so, selagi aku tak jumpa tempat lain yang cheaper than this place aku stick with this one lah. kita as customer kena bijak mencari tempat yang jual murah. ahahahahaha!
lagi, aku ada pergi
Dewi Petshop. saje je survey.. sebab dia ada jual wetfood Monge. lepas tu dia carry Acana. actually, aku plan nak bagi Acana sebenarnya kat Miki. tapi, masa cari aritu takde stok. tu yang bagi Orijen. tapi, takpelah sebab Acana dan Orijen ni same company. aku pun tak sure apa bezanya, cuma Acana lagi mahal kalau banding 2.27kg tu.
*** eh chop! aku tenguk Acana 7kg = RM140. wohoooooooo! adakah akan bertukar kedai?
last adalah petshop tempat aku beli pasir kucing. aku beli brand Fussie Cat sebab banyak review kata pasir ni best. masa aku beli 1st time memang aku rasa best. 2nd time ni macam tak best pulak sebab berdebu sangat. aku beli dekat
PetzMania. dekat je dengan pandan indah. so far, aku beli pasir dengan wetfood kat sini. untuk 1 carton (24 cans) Fussie Cat 80g dorang jual RM50 je, paling murah yang aku jumpa. walaupun Miki tak berapa suka, aku beli je buat back up. lepas ni maybe aku beli Fancy Feast pulak kot, 1 carton = RM72. tak pun, aku tenguk preferences Miki camana after neuter. sebab sekarang ni aku bagi dia Fancy Feast Broths. kata pun ngelat nak suruh dia minum air kan.. bagi sup ni, aku boleh letak air lebih. Majoriti Fancy Feast memang aku beli dekat Jusco sebab dorang bagi diskaun. tapi aritu tenguk yang can wetfood dah back to normal price, RM3.90. terus iols tak jadi beli. hahahah!
Fussie Cat Litter, 10L: RM13/bag
Fussie Cat Can Food, 1 Carton: RM50
Fancy Feast 85g: RM2.99/can (discount!)
Fancy Feast Broths: RM1.99 (discount!)
Untuk wetfood aku tak survey sangat mana premium brand. macam Avoderm, Addiction tu aku tahu lah dia premium. tapi, Avoderm can yang kecik susah nak cari. then, ada jumpa pun duck flavour. nantilah aku survey lagi. seriously, aku memang nak stop wetfood untuk Miki. tapi, aku tatau camana nak bagi dia minum air. Vet aku suruh force drinking pakai syringe. kalau budak lagi boleh nak di force.. ni dah besar gabak macam tu, pandai je dia luahkan or biar air tu menjejes. tak ke sakit hati aku? water fountain yang aku beli tu memang dia tak heraaaaaaaannn!
kalau ada sesapa ada tips nak suruh kucing minum silalah tinggalkan komen. toksahlah komplen wetfood tak elok untuk kucing. aku dah tahu lama dah. tapi, sebab kucing aku tak minum air takkan nak biarkan berak sembelit, kencing berdarah pulak kan? maka terpaksa jugaklah bagi wet food.
p/s: aku tengah survey cat litter yang lain. pine wood atau crystal ok tak? ada sesapa boleh suggest?
Read more...