amboi tajuk... putus chenta sangat? tapi, takde kena mengena dengan current life pun. aku ni sebenarnya pendengar tegar HotFM time pergi and balik kerja. kalau tak, memang aku tak dengar radio pun. dari aritu aku dok terdengar lagu ni kat Hot. part chorus dia cam sedap nak sing-a-long. padahal lagu putus chenta. aahahahahaa! pikir-pikir balik, seriously aku dah takde memory camana nak in love, apetah lagi putus chenta. so, sekadar halwa telinga je lah uolsss... lets layan video clips
Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
first of all, aku rasa kehidupan adalah sangat full. kerja dah start busy, study dah nampak susah camana, few commitment here and there.
aku aritu berkira-kira nak pakai broadband semula atau tak. disebabkan aku kena buat few kerja dekat rumah, so nak tanak cari lah jugak broadband. baru aje pun, aku pakai YES. setakat hari ni belum lagi dicaruti.
cuma aku rasa takde beza pulak ada broadband or tak sekarang. nak kata online FB je tak jugak. nak tenguk movies/series pun tidak. nanti usage cepat habis. lagipun aku download kat office. so broadband ni lite usage je...
working life memang agak busy sekarang. new management tengah pulun nak upgrade company ke kolej U. so, im soooooooooooooo busy! aku dengan colleague kena handle seminar dalaman. seminar ni kira pembuka jalan untuk bentang paper and promosi pun ye jugak. mula-mula ingat memang internal je, staff sini dan anak syarikat big boss. alih-alih nak jemput menteri. once program ada melibatkan menteri, percayalah banyak benda yang kena handle.
sekarang kitorang tengah tunggu proposal diterima dari ceo and board. after this kena proceed with the plan lah. seminar akan diadakan bulan Ogos, so boleh bayang camana busynya hidup aku nak buat program dalam masa 3 bulan ni je? nak call for papers ni tau.. bukan takat invite gitu je. pasal lepas tu nak buat prosiding. nasib lah colleague lagi sorang director, aku timbalan je. but, still ok. benda ni benda baru, new experience. kalau tak buat mana nak tahu. plus for me program ni boleh bantu aku move 1-2 step ahead.
then, study life.. aku memang seriously penat. after balik kerja shoot terus shah alam. tiap-tiap hari isnin, rabu dan jumaat. antara 3 subjects tu, aku rasa paling tough econometrics. hehehee... ikut sejarah, aku dengan statistics kurang ada chemistry. tu yang lemau sangat nak menangkap ape di ajar. but, for master ni kalau tak study sendiri alamat memang ke laut lah ko.
lucky for me sebab kawan-kawan aku dekat office ni banyak bantu.3 orang semua amek same course dengan aku dulu. so, ape-ape aku tak paham boleh cari orang lectures aku pulak. ahahahahaha! yeah, tak tak terfikir boleh dapat benefit macam ni masa decide nak sambung belajar aritu.
dah ala-ala twitter. i is bz. tidur ku tidak menentu ghitoo.. padahal baru masuk minggu ke 2 start belajar.
so far so good. walaupun satu hapah aku tak paham econometrics. sesapa yang otai dan sudi tuition iols.. ahkak sudi! eheheee
new management dah masuk. bekerja pun akan semakin busy lepas ni. if kena ajar mix mode alamatnya memang tak cuti sepanjang tahun la aku. tapi takpela kalau tukar flexi hour. weeeeeeee......
btw, weekdays aku sangat busy. isnin, rabu dan jumaat akan pecut ke class sharp 5.30 pm. so, secara jujurnya weekend aku kurang nak keluar. either aku banyak kerja nak disiapkan or aku mungkin kurang duduk di pandan. aku rasa nak transit rumah akak aku after class jumaat. penat oi drive ulang alik.
dan indahnya dunia kalau dapat tidur lama weekend tu. aku baru dapat 1 assignment untuk one subject. ada 5 journal kena cari and aku baru jumpa dua. pehni nak summarize pulak.
owh, lagi satu... bebudak baru lepas exam. aku ada 4 class nak kena marking. ada sesiapa yang sudi hulur bantuan?
tahun ni aku banyak plan hidup. Alhamdulillah aku berjaya start bulan ni jugak. owh... bukan bukan bukannnnnn... bab jodoh tu tidak aku plan. tu plan the greatest ONE. ahkak nak plan pun, idoknye berpasangan. nak plan dengan siapa, ye dak?
1st: Insurance
umur dah banyak uolss.. kot berpenyakit esok2 ada lah jugak back up financial. dengan hidup bujang lagi kan. nak mengharap siapa pulak bayar bil hospital. so, aku ambil PruBSN dengan Aween. polisi yang RM200 saje. premium lain belum rasa nak tambah lagi. takpelah, sikit2 dulu.
2nd: ASB Loan
benda ni dah lama nak buat. tapi, biasalah.. tangguh2. dengan dulu pun rezeki belum ada. sekarang bila dengar je gaji nak revise terus aku apply. padahal belum konpem tu gaji revise. nasib baiklah revise jugak... hehehee....
3rd: Tabung Haji
baru hegeh2 bukak account & daftar Haji. merasa ko tahun 2057 nun. sape nak tolak wheelchair aku ni hah nanti? takpelah, ada rezeki lebih usaha lah cepat sket. tp, aku belum plan nak saving berapa sebulan. tu kena tenguk budget hujung bulan karang.
4th: Master Degree
application diterima tanpa prejudis. aku je ni hah tengah push diri sendiri untuk belajar balik semula. ikutkan kemalasan memang idok ler teman sengaja nak menyusahkan diri. tapi pikirkan kerjaya dan place of work yang kondusif terus tekadkan semangat. (ni ayat buku)
5th: Parent's Fix Contribution
boleh ke panggil contribution? hahhaaahahhaaa! aku tulis sini supaya diri sendiri pun ingat. sebelum ni ikut dan je nak mak abah duit belanja. ada lebih bagi, tercekik sikit tak bagi. so, aku plan tahun ni nak auto debit je kat mak aku. idokler banyak sangat. tapi, nak fix tiap2 bulan mesti bagi. Alhamdulillah rezeki dah boleh bagi every month. seganlah kan... dah tua2 ni, bagi pun tak tetap. akak aku dulu circa 1997-1998 boleh je bagi mak 200-300 every month. i mean, camana boleh cukup je duit dia? padahal dia diploma je kot dulu.. berkat lah tu. dia pun jenis tak melawan cakap. (nampak nau ko kuat melawan kan???)
so, ni antara 5 benda penting yang aku nak buat tahun ni. semoga semua berjalan lancar lah. lebih2 lagi plan no.4. huhuhuu...aku nak guna KWSP je. nanti baru aku apply MyMaster. aku dah download borang2, tapi tak berapa nak baca sangat. macam banyak je nak kena isi n kena pergi ke hulu hilir sikit. ada masa nantilah study sikit.
dan the ultimate news tahun ni pastilah REVISE GAJI. hahaha! (emot mata duitan). maaf orang gomen, gaji iols extra 10% or 7% basic than yours, tapi elaun kita sama lah yer. semalam baru meeting with chairman dan dia dah announce gaji baru berkuatkuasa 1st January 2013 (emot joget2). masihlah lagi sikit dari swasta yang lain. tapi syukur lah weh, dapat rezeki macamni. kalau stay kat tempat lama dulu, alamat boleh meroyan aku tiap-tiap bulan.
p/s: buat budget oi! aku super boros, tolong kirimkan sesorang yang boleh manage keborosan aku. or, pinjamkan seorang yang boleh bagi aku boroskan duitnya. ngahahaahahaaaaa!
p/s/s: kena cari emoticon dalam blog tu lah. aku lupa apanama widget.
arini nasib pergi kerja awal sikit. rupanya, ada exam luar kat I*B ni. so, ramailah PJJ student parking kereta kat dalam. last2 aku double park je.. tapi park kat depan kereta kawan aku la..
pagi2 selalunya aku cari breakfast dulu if takde class pukul 8.30. so, tadi masa melintas depan coop ternampak muka cam familiar. ater cumel kan, mustilah ai is remember. ahahhahhahhaaa!!!
mamat ni ex-bf punya kawan. dia adalah comel dan muka suci. dari dulu aku suka tenguk dia ni. eheheheee... so, tadi aku tegur lah. aku pun tak tahu apsal aku nak tegur. hahahaha! motip sangat?
dia pun ingat2 lupa aku sape.. muka je ingat. terpaksa lah mention nama bekas kenalan dulu kan..huhuhuuu.. tanya aku buat PJJ jugak ke. idokler en.wan, saya kerja kat sini...
maka itu je lah entry aku arini. saja takde motip up entry di hari jumaat yang mulia ini.
owh, gaji masuk arini.... dah selamat aku dah kerjakan. bayar utang uolsssssssss... i is stress.