Cat

>> Saturday, September 07, 2013

sempena kehidupan yang mendatar sampai aku takde menda nak update blog. maka, dengan ini saya telah meng-adopt seekor kucing jantan sebagai penyeri hidup. hahahaha! bujang dah mamat ni.. his name is Miki. aku ikut je budak-budak kat bawah tu bagi nama dia. sebelum ni masa panggil-panggil makan sebut boy. ala kucing kan...dia datang je asal ada bau makanan.

aku start bawak naik atas masa a week after balik raya hari tu. adalah sekali kot lepaskan dia semula lama kat bawah. dah meraung2 sangat nak keluar.. kebetulan aku balik lambat pulak hari tu. merasa kelaparan! sekarang ni dia takde sangat nak keluar. cumanya ada time dia nak keluar, tapi nak suruh kita teman. banyak pulak masa aku kannnnnn... dah lah pergi kerja pun lambat. nak melayan dia lagi. memang bangun awal dari biasa dibuatnya. mamat ni dah takut nak keluar sendiri..pasal haritu ada taiko nak membelasah dia. pakcik tu crook sangat mukanya. abang kawasan.. hehehe

so, aku adalah happy lah sebab bela kucing. officially bela betul2 lah..dah 1st vaccine aritu. kena tunggu 4th october untuk 2nd vaccine then boleh lah di zassssssssss! aku bukan tak kesian, tapi nak biarkan dia dok dalam rumah kena lah neuter. ni pun dah gaya nak spray sana sini.. risau ke housemate la. dorang setakat ni ok je sebab memasing sayang kucing. aku pun tak suka kalau kucing spray merata..dengan nak mengemop lagi.. nak bersihkan tempat dia kencing..tempat sembahyang lagi. so, baiklah di neuter. lepas kat bawah pun asek di aim abang kelabu tu.

masa vaccine haritu, berat adalah 4.7kg ok. patut la berat carrier.. vet tu cakap umur macam dah 2 - 3 tahun. tapi aku agak pelik kalau umur dah banyak baru reti nak on heat. umur kucing selalu berapa dia start spray ye? tapi vet tu cakap, mungkin sebab dia stray dulu makan bukan2 tu gigi kuning. aahahaha! aku memang sibuk cari petshop dengan vet murah je la sekarang. so far, semua berjaya cari.

beli carrier aritu dekat kucing4sale. mahu panic nak pergi taman desa tu kan...ahkak dahlah ratu sesat. syabas uollsss! langsung tak sesat..senang je nak pergi cari rumah Mr.Gary tu. aku beli carrier putih tiger M size, RM59. dah balik rumah menyesal pulak tak beli XL or L. sebab Miki ni bagak uolssss.. ngam2 je dia dok dalam carrier tu. next time la kot, ada rezeki beli yang bigger one. selesa sikit kalau nak bawak balik kampung. aku tengah aim nak belikan dia cat tree. heeeee


nama saya Miki

gambar atas masa dia stray lagi. ensem kan? camana tak jatuh chenta.. then food dia aku beli Blackwood Adult, yang ni beli kat Vet sekarang ni. Pricey sikitla sebab aku pergi time tu nak survey Vet. Next time, aku cari kat tempat lain pulak. maybe nak amek kitten punya..banyak sikit protein dia. dulu pun masa aku bela wawa dengan kiki, aku bagi Blackwood. memang shiney lah bulu..Miki ni belum nampak lagi. lagipun baru start makan kan..macam wawa-kiki memang dari kecik makan premium, mahu tak gojes?

wet food, percayalah wahai saudara saudari ahkak tiap2 hari rebus ikan kat dia ni tau! aku beli ikan selar kuning kecik2 tu kat pasar. cari yang 3 longgok rm10 tu kan. banyak jugakla dapat. takpun amek ikan cam ala2 kembung tu ke..aritu aku try bagi ayam rebus. dia kena alternate, kalau tak dia bosan. macam siang tadi, aku rebus ikan before keluar kerja. balik kerja masih tak berusik. penat ahkak masak tahu Miki... so, ke tong sampah je la. last2 aku bagi dia wet food tin. naseb nak makan.. kalau Fancy Feast ko tanak makan, memang saja lah nak kena kannn....so, basically aku memang bagi premium food semua. dia ni kena bagi wet food sebab susah minum air. jadinya, kalau aku rebus ikan/ayam aku letak air banyak sikit. kang dia minum la air rebus tu. kalau wet food tin pun sama. aku curahkan je air sikit. kesian poo keras kejung..sembelit kot?

maybe nak kena beli water fountain kot..bagi semangat sikit nak minum. perangai nak sama dengan tuan. pemalas minum air masak. hahahah! kesayangan ni, tiap2 malam nak tidur mesti landing sebelah aku. pose kesukaan adalah mengangkang. comeelllll sangat!

contoh kangkang tepi meja. 18SX

btw, aku jumpa 1 petshop jual cat litter Fussie Cat 10L RM13. haritu masa raya dia buat promo RM11.90. tapi, aku dah terlepas promo.. then, dia jual wet food Fussie Cat tin kecik tu, 5 tin RM11. ahkak terus beli lah kan.. cuma poo nauzubillah melantau bau! ko kalau nak poo kucing bau tak menyengat, memang bagi je ikan/ayam rebus sendiri. memang elok ler baunya. yang Fancy Feast tu aku borong masa JJ buat sales, 1 tin RM2.99. banyak jugaklah beli..tapi takdelah aku bagi hari2. sebab makanan dia alternate days lain2 kan.. ok, petshop yang murah ni aku jumpa dalam forum.. then, aku google sebab katanya dekat dengan rumah. 1st trial sesat ok, maka baliklah ke rumah semula. then, aku google image kan map.. nasib lah jumpa walaupun rasa nak berpatah arang dah time tu. PETZMANIA Taman Muda Ampang.. serius murah!


aku tahu memang ada few petshop murah.. nak2 yang kat uptown damansara tu. tapi, jauh dari pandan indah kan. so, better lah aku cari kawasan sekitar je. owh, Vet aku tu pun area Pandan Prima je..kat Tesco Ampang tu. nama dia Platinum Pets Home kalau tak silap. Vaccine charge RM35 including deworm.. untuk neuter kucing jantan RM70 including 2D1N stay. kalau betina mahal sikit lah.. RM120. aku memula pikir nak hantar Klinik Kembiri Setapak tu. bila check rate lebih kurang sama, tak jadi lah hantar sana. lagipun nak kena pergi waktu kerja. mahu susup sasap aku dengan sesatnya..dengan kucing meraung dalam carrier..hantar dekat je lah. aku dah boarding mamat ni aritu.. sehari RM14. tapi, Miki ni stress.. masa aku amek tu..sampai rumah terus kejar nak makan. dia x berapa makan rasanya masa boarding. 

masa hantar tu pun dia menggigil2. kesian memang kesian...tapi kalau tinggal kat rumah lagi lah kesian kan. time amek pun memang nampak dia stress. bergulung je.. and budak tu nak angkat dia, siap hissing lagi. ni aku nak balik kampung khamis ni.. tatau nak buat camana. nak biar kat rumah, boarding or angkut sekali balik kampung?


tudiaaaaa..entry pasal kucing dah karangan berjela. so, later peeps!

Read more...