bengkel kereta savvy saya

>> Thursday, August 09, 2012

macam dah berbulan aku tak buat entry. tetiba keluar entry pasal kereta kan? nampak sangat hit hunter. ahahaaa! ye la, post paling ramai orang search mesti pasal savvy aku tu. kira ambil kesempatan la jugak ni haa...



aku baru tukar bengkel. sebab bengkel dekat batu caves tu dah tutup. brader pomen tu pun aku call and sms takde reply. gamaknya dah tutup business kot? so, aku tanya lah si Wan Deff mana nak cari bengkel. lebih dekat dengan Pandan Indah lagi bagus. dia suggest bengkel kawan dia dekat Keramat. nasib baik lah dekat... area AU3 tu jek. 

kalau dari hala Jelatek heading Jusco AU2 (left side) dekat roundabout Beriyani Mak Tim tu amek jam 12. terus sikit nanti nampak bas-bas sekolah sebelah kanan. simpang pertama last bas sekolah parking tu terus masuk kanan. nama bengkel tak silap Advance Speed Engineering. aku pun tak ingat ni, resit ada dalam kereta. landmark lain, sejalan nak masuk IMKEDA. confirm boleh jumpa la.. owner dia Wan panggil Panjang. yang banyak 'sentuh' kereta aku pomen lain, nama Apai. bagus dia ni, selagi tatau ape silap selagi tu dia godek. 


first aku datang dulu, aku ganti minyak hitam je. then next visit aku mintak dia repair tempat air wiper. kata bocor kena makan dek tikus. pastu aku buat alignment pulak. tapi, alignment buat kat kedai lain. cuma apai yang hantar kereta.


last 2 weeks, merasa lah aku penyakit yang kebanyakkan owner savvy alami. hehehe.. sengguk2 tu bukan penyakit. itu memang perangai dia.. tiba-tiba pagi nak pergi kerja kereta aku bila start rasa macam nak tak nak. boleh rasa engine bergegar-gegar. aku dah takut jugak lah.. kot mati tengah jalan tak ke haru? tapi gigih jugak bawak sebab aku dah lambat nak sampai office tuh.


petang balik dari kerja terus pergi bengkel. first problem adalah, spark plug aku tak pernah ganti. ngahahhaaaa! ahkak mana tahu uolsss.... aku kan tak ikut proton punya schedule. masuk bengkel proton pun tak pernah. so, ganti lah spark plugs. dah siap ganti, aku pun nak balik lah. patutnya jerking pun dah takde. tapi.... benar ape di duga. heading roundabout tu bergegar- gegar lagi. ni stock gegar yang ko tak boleh nak speed. pasal kalo nak potong kereta depan pun memang tak dapat. meter RPM takmo naik, meter speed ok pulak. tapi ape guna ok, kalo rpm ko tanak naik. dengan bergegar-gegar lagi. sakit hati!


patah balik bengkel, Panjang test drive pulak. so, penyakitnya adalah Ignition Coil aku ni dah sangkut rosak sekali. pasal spark plug dah rosak dulu. aterrrrr... nak ganti barang takde. so, weekend baru aku pergi bengkel balik.


jadi sekarang yang nak raya memang kereta savvy aku. aku ni tak payah raya! ahahhahaaa! dekat dia saja dah berapa habis. tapi, salah aku jugak lah kan sebab tak ganti benda yang perlu  ganti. next week kena bayar roadtax and insurance. raya sakan ko kan JoJo???


nanti next service, aku kena ganti few things yang tak pernah ganti. macam air filter tu tak pernah check.. minyak break, minyak apetah lagi... minyak gear dah pernah ganti dulu. coolant radiator pun nak kena ganti sebab langsung tak pernah tukar. aku follow je lah schedule dengan brader Panjang ni. sediakan ongkos nya aja buk!


overall cost ganti spark plug dengan ignition coil adalam RM 300. seratus untuk spark plug, dua ratus untuk coil. so, kalau kereta savvy korang ada masalah macam aku maybe sebabnya adalah sama. lepas ganti coil tu, tahap sengguk dia memang kurang. laju jek tukar gear, idak ler tersengguk-sengguk. maka, boleh lah pulang ke kampung dengan riang gumbira!



ok, sekian. selamat hari raya maaf zahir dan batin.





more on Savvy


Link 1


Link 2


Link 3




9 Turnover:

Anonymous September 7, 2012 at 11:03 AM  

Bro. Beli igntinion coil kat mana?

b3nz September 7, 2012 at 1:38 PM  

anon: pomen yang belikan, bayo je kat dia

Alang AD January 22, 2013 at 10:41 PM  

bro. hehehe. :-P

Unknown March 12, 2014 at 2:54 PM  

Assalammualaikum sy ingin menawarkan khidmat repair kenderaan dirumah saya di subang jaya sesiapa berminat boleh siapa ingin membaiki kereta boleh menghubungi saya di talian 0135269266 (yen)

saya memberi labour yg murah dan kualiti

semua jenis kenderaan continental, japan spec, asian car, proton n perodua

rick6942s@yahoo.com September 3, 2014 at 8:18 PM  

Assalam bro jojo, bengkel tu ade lgi x? Ade no tepon ?

b3nz September 4, 2014 at 1:51 AM  

Sufyan Muhd:

Wasalam. Jojo tu nama kereta saya. hahaha!
Bengkel tu ada lagi. boleh contact bos dia, 012-2662777 (fendy). whatsapp dulu pun boleh

rick6942s@yahoo.com June 18, 2015 at 10:49 PM  

Heheheh, terima kasih bro, savvy aku perlu tukar accumulator, nak cri bengkel terdekat dngn sri damansara ni

rick6942s@yahoo.com June 19, 2015 at 9:35 AM  

oooooops
cik b3nz
heheh
sorry
baru pasan

rick6942s@yahoo.com June 19, 2015 at 9:35 AM  

oooooops
cik b3nz
heheh
sorry
baru pasan