Kucing: keperluan, makanan dan petshop pilihan

>> Friday, October 25, 2013

disebabkan macam gatal tangan nak menaip tapi tatau nak tulis pasal ape. so, aku decide nak tulis pasal kucing aku, si Miki. esok, insya Allah aku hantar mamat tu boarding untuk sunat. aku hantar malam lah kot, after maghrib. sebab nak bagi dia makan dulu kat rumah. sebab dia kena puasa 12 hours before sunat kan.. kalau aku hantar awal, mahu tak makan mamat ni 24 jam. Miki ni kan tak friendly, lepas tu garang semacam.. macam last time boarding kan dia stress, tanak makan. so, ni aku hantar lambat sikit.. dapatlah dia makan dulu.


aku nak share sikitlah tempat-tempat aku beli barang or makanan kucing. atas dasar cheapskate, haruslah aku cari tempat yang jual murah kan. macam sebelum ni, aku ada bagitahu beli carrier dekat kucing4sale. lepas tu, aku beli cat tree kat situ jugak.

gambar google, size M: RM59



cat tree ni yang aku beli, RM165

then aku beli jugak water fountain. tapi dah tak berguna lah kan.. sebab Miki takde perasaan tenguk air blup blup

gambar google, Catit Water Fountain: RM65



aku beli semua ni masa awal-awal bela Miki. konon-konon keperluan lah kaedahnya. tapi, pet carrier memang penting. even aritu, masa aku nak suruh dia naik rumah semula pun aku guna carrier nak bawak naik ke atas. gile kau! kang kena cakar..abes calas balar. sekarang pun dah bermacam-macam kesan aku dapat.


lepas tu, aku memang dah plan nak tukar kibbles mamat nih. macam aku sebut last time, aku bagi dia makan Blackwood Adult. Time tu beli dekat Vet sebab kebetulan survey klinik.

Blackwood Original Formula 6kg: RM97


Boleh dapat cheaper price kalau beli dekat petshop. kena pandai-pandai carilah mana yang murah. nanti aku share satu lagi Petshop yang jual barang murah. macam BW tu, boleh dapat RM78.


Disebabkan aku nak tukar kibbles dia, so aku decide nak bagi yang grain free terus. makanya, makanan Miki sekarang jadi Super Premium. BW tu Premium, dah elok dah. cuma, dia macam tak excited nak makan. jadi aku geram pulak..lepas tu, mamat tu kan tak minum air sangat. macam sembelit pulak dia. sebab tu aku decide bagi yang grain-free. bagi memudahkan proses penyahtinjaan beliau.


Aku start bagi Orijen 24 Sept 2013. kira dah sebulan lah kalau kira sampai hari ni. masa mula-mula nak tukar, kena buat sikit-sikit. sebab kalau mendadak nanti dia stomach upset katanye. ko ingat ko sorang je reti sakit perut? hehehe... mula-mula aku buat macam orang cerita, campur sikit-sikit. tapi, disebabkan Orijen ni bau kuat giler dan dia buat BW hilang bau bila bercampur, langsung Miki tanak makan... kata pun seisi berkenalan, Miki masih nak makan BW walaupun dia tak berapa makan. so, aku decide beli tempat makan yang 2 mangkuk tu. sebelah aku letak BW, sebelah lagi letak Orijen. memang tak bercampur supaya bau makanan ni tak campur aduk.


then, aku nampak Miki makan BW lah. Orijen dia makan sikit-sikit. dah sebulan ni, aku perasan Orijen memang confirm habis dan BW masih aku tak topup even dah 2 hari. sekarang BW ada lagi sikit, kang aku wakaf ke stray je lah. Miki dah fully makan Orijen je. cuma kadang-kadang aku tak topup Orijen waktu malam sebab aku nak dia makan balance BW dia. tak luak sangat pun aku tenguk..tempat Orijen memang licin kalau pagi. 


Petshop yang aku beli Orijen ni, aku jumpa kat Mudah.my. lepas tu, pergi FB doranglah untuk check. aku pergi cawangan Shah Alam sebab aritu after class boleh terus berdesup ke sana. nama petshop ni Pet Micasa. siap dah jadi member lagi... so far aku adalah beli litter scoop dan grassbits dengan dorang. sebab nak beli benda lain macam carrier & cat tree aku dah ada. Pet Micasa ada 3 tempat, tak silap Balakong tu main HQ. lepas tu ada satu kat Bangi. korang rajin, pergi lah check sendiri mana mudah nak datang ke kedai. aku memang idokler ke Bangi or Balakong. silap-silap sesat mana hala aku karang kan.. baik ler pergi yang kat Shah Alam tu je. lepas tu, harga cat tree dorang lagi murah dari yang aku beli. nak menggelupur aku tenguk aritu.. dah lah lawa-lawa. rasa nak beli lagi satu. tapi, sape pulak nak bertenggek atas tu kan? hahahaha!

Orijen 2.27kg: RM83


owh, gambar tu tunjuk 6.8kg. aku tak jumpa gambar pack yang 2.27kg.. ala, sama je pun. lepas ni aku nak beli yang bigger size sebab lagi murah. yang 6.8kg boleh dapat RM177. yes, dia memang 2 kali ganda dari BW. tapi, good for Miki lah. lagipun aku tenguk poo dia dah tak kering sangat. ahkak pasrah je uolsss! so, selagi aku tak jumpa tempat lain yang cheaper than this place aku stick with this one lah. kita as customer kena bijak mencari tempat yang jual murah. ahahahahaha!


lagi, aku ada pergi Dewi Petshop. saje je survey.. sebab dia ada jual wetfood Monge. lepas tu dia carry Acana. actually, aku plan nak bagi Acana sebenarnya kat Miki. tapi, masa cari aritu takde stok. tu yang bagi Orijen. tapi, takpelah sebab Acana dan Orijen ni same company. aku pun tak sure apa bezanya, cuma Acana lagi mahal kalau banding 2.27kg tu. 

*** eh chop! aku tenguk Acana 7kg = RM140. wohoooooooo! adakah akan bertukar kedai?




last adalah petshop tempat aku beli pasir kucing. aku beli brand Fussie Cat sebab banyak review kata pasir ni best. masa aku beli 1st time memang aku rasa best. 2nd time ni macam tak best pulak sebab berdebu sangat. aku beli dekat PetzMania. dekat je dengan pandan indah. so far, aku beli pasir dengan wetfood kat sini. untuk 1 carton (24 cans) Fussie Cat 80g dorang jual RM50 je, paling murah yang aku jumpa. walaupun Miki tak berapa suka, aku beli je buat back up. lepas ni maybe aku beli Fancy Feast pulak kot, 1 carton = RM72. tak pun, aku tenguk preferences Miki camana after neuter. sebab sekarang ni aku bagi dia Fancy Feast Broths. kata pun ngelat nak suruh dia minum air kan.. bagi sup ni, aku boleh letak air lebih. Majoriti Fancy Feast memang aku beli dekat Jusco sebab dorang bagi diskaun. tapi aritu tenguk yang can wetfood dah back to normal price, RM3.90. terus iols tak jadi beli. hahahah!

Fussie Cat Litter, 10L: RM13/bag

Fussie Cat Can Food, 1 Carton: RM50


Fancy Feast 85g: RM2.99/can (discount!)



Fancy Feast Broths: RM1.99 (discount!)




Untuk wetfood aku tak survey sangat mana premium brand. macam Avoderm, Addiction tu aku tahu lah dia premium. tapi, Avoderm can yang kecik susah nak cari. then, ada jumpa pun duck flavour. nantilah aku survey lagi. seriously, aku memang nak stop wetfood untuk Miki. tapi, aku tatau camana nak bagi dia minum air. Vet aku suruh force drinking pakai syringe. kalau budak lagi boleh nak di force.. ni dah besar gabak macam tu, pandai je dia luahkan or biar air tu menjejes. tak ke sakit hati aku? water fountain yang aku beli tu memang dia tak heraaaaaaaannn!



kalau ada sesapa ada tips nak suruh kucing minum silalah tinggalkan komen. toksahlah komplen wetfood tak elok untuk kucing. aku dah tahu lama dah. tapi, sebab kucing aku tak minum air takkan nak biarkan berak sembelit, kencing berdarah pulak kan? maka terpaksa jugaklah bagi wet food.








p/s: aku tengah survey cat litter yang lain. pine wood atau crystal ok tak? ada sesapa boleh suggest?






Read more...

Cat

>> Saturday, September 07, 2013

sempena kehidupan yang mendatar sampai aku takde menda nak update blog. maka, dengan ini saya telah meng-adopt seekor kucing jantan sebagai penyeri hidup. hahahaha! bujang dah mamat ni.. his name is Miki. aku ikut je budak-budak kat bawah tu bagi nama dia. sebelum ni masa panggil-panggil makan sebut boy. ala kucing kan...dia datang je asal ada bau makanan.

aku start bawak naik atas masa a week after balik raya hari tu. adalah sekali kot lepaskan dia semula lama kat bawah. dah meraung2 sangat nak keluar.. kebetulan aku balik lambat pulak hari tu. merasa kelaparan! sekarang ni dia takde sangat nak keluar. cumanya ada time dia nak keluar, tapi nak suruh kita teman. banyak pulak masa aku kannnnnn... dah lah pergi kerja pun lambat. nak melayan dia lagi. memang bangun awal dari biasa dibuatnya. mamat ni dah takut nak keluar sendiri..pasal haritu ada taiko nak membelasah dia. pakcik tu crook sangat mukanya. abang kawasan.. hehehe

so, aku adalah happy lah sebab bela kucing. officially bela betul2 lah..dah 1st vaccine aritu. kena tunggu 4th october untuk 2nd vaccine then boleh lah di zassssssssss! aku bukan tak kesian, tapi nak biarkan dia dok dalam rumah kena lah neuter. ni pun dah gaya nak spray sana sini.. risau ke housemate la. dorang setakat ni ok je sebab memasing sayang kucing. aku pun tak suka kalau kucing spray merata..dengan nak mengemop lagi.. nak bersihkan tempat dia kencing..tempat sembahyang lagi. so, baiklah di neuter. lepas kat bawah pun asek di aim abang kelabu tu.

masa vaccine haritu, berat adalah 4.7kg ok. patut la berat carrier.. vet tu cakap umur macam dah 2 - 3 tahun. tapi aku agak pelik kalau umur dah banyak baru reti nak on heat. umur kucing selalu berapa dia start spray ye? tapi vet tu cakap, mungkin sebab dia stray dulu makan bukan2 tu gigi kuning. aahahaha! aku memang sibuk cari petshop dengan vet murah je la sekarang. so far, semua berjaya cari.

beli carrier aritu dekat kucing4sale. mahu panic nak pergi taman desa tu kan...ahkak dahlah ratu sesat. syabas uollsss! langsung tak sesat..senang je nak pergi cari rumah Mr.Gary tu. aku beli carrier putih tiger M size, RM59. dah balik rumah menyesal pulak tak beli XL or L. sebab Miki ni bagak uolssss.. ngam2 je dia dok dalam carrier tu. next time la kot, ada rezeki beli yang bigger one. selesa sikit kalau nak bawak balik kampung. aku tengah aim nak belikan dia cat tree. heeeee


nama saya Miki

gambar atas masa dia stray lagi. ensem kan? camana tak jatuh chenta.. then food dia aku beli Blackwood Adult, yang ni beli kat Vet sekarang ni. Pricey sikitla sebab aku pergi time tu nak survey Vet. Next time, aku cari kat tempat lain pulak. maybe nak amek kitten punya..banyak sikit protein dia. dulu pun masa aku bela wawa dengan kiki, aku bagi Blackwood. memang shiney lah bulu..Miki ni belum nampak lagi. lagipun baru start makan kan..macam wawa-kiki memang dari kecik makan premium, mahu tak gojes?

wet food, percayalah wahai saudara saudari ahkak tiap2 hari rebus ikan kat dia ni tau! aku beli ikan selar kuning kecik2 tu kat pasar. cari yang 3 longgok rm10 tu kan. banyak jugakla dapat. takpun amek ikan cam ala2 kembung tu ke..aritu aku try bagi ayam rebus. dia kena alternate, kalau tak dia bosan. macam siang tadi, aku rebus ikan before keluar kerja. balik kerja masih tak berusik. penat ahkak masak tahu Miki... so, ke tong sampah je la. last2 aku bagi dia wet food tin. naseb nak makan.. kalau Fancy Feast ko tanak makan, memang saja lah nak kena kannn....so, basically aku memang bagi premium food semua. dia ni kena bagi wet food sebab susah minum air. jadinya, kalau aku rebus ikan/ayam aku letak air banyak sikit. kang dia minum la air rebus tu. kalau wet food tin pun sama. aku curahkan je air sikit. kesian poo keras kejung..sembelit kot?

maybe nak kena beli water fountain kot..bagi semangat sikit nak minum. perangai nak sama dengan tuan. pemalas minum air masak. hahahah! kesayangan ni, tiap2 malam nak tidur mesti landing sebelah aku. pose kesukaan adalah mengangkang. comeelllll sangat!

contoh kangkang tepi meja. 18SX

btw, aku jumpa 1 petshop jual cat litter Fussie Cat 10L RM13. haritu masa raya dia buat promo RM11.90. tapi, aku dah terlepas promo.. then, dia jual wet food Fussie Cat tin kecik tu, 5 tin RM11. ahkak terus beli lah kan.. cuma poo nauzubillah melantau bau! ko kalau nak poo kucing bau tak menyengat, memang bagi je ikan/ayam rebus sendiri. memang elok ler baunya. yang Fancy Feast tu aku borong masa JJ buat sales, 1 tin RM2.99. banyak jugaklah beli..tapi takdelah aku bagi hari2. sebab makanan dia alternate days lain2 kan.. ok, petshop yang murah ni aku jumpa dalam forum.. then, aku google sebab katanya dekat dengan rumah. 1st trial sesat ok, maka baliklah ke rumah semula. then, aku google image kan map.. nasib lah jumpa walaupun rasa nak berpatah arang dah time tu. PETZMANIA Taman Muda Ampang.. serius murah!


aku tahu memang ada few petshop murah.. nak2 yang kat uptown damansara tu. tapi, jauh dari pandan indah kan. so, better lah aku cari kawasan sekitar je. owh, Vet aku tu pun area Pandan Prima je..kat Tesco Ampang tu. nama dia Platinum Pets Home kalau tak silap. Vaccine charge RM35 including deworm.. untuk neuter kucing jantan RM70 including 2D1N stay. kalau betina mahal sikit lah.. RM120. aku memula pikir nak hantar Klinik Kembiri Setapak tu. bila check rate lebih kurang sama, tak jadi lah hantar sana. lagipun nak kena pergi waktu kerja. mahu susup sasap aku dengan sesatnya..dengan kucing meraung dalam carrier..hantar dekat je lah. aku dah boarding mamat ni aritu.. sehari RM14. tapi, Miki ni stress.. masa aku amek tu..sampai rumah terus kejar nak makan. dia x berapa makan rasanya masa boarding. 

masa hantar tu pun dia menggigil2. kesian memang kesian...tapi kalau tinggal kat rumah lagi lah kesian kan. time amek pun memang nampak dia stress. bergulung je.. and budak tu nak angkat dia, siap hissing lagi. ni aku nak balik kampung khamis ni.. tatau nak buat camana. nak biar kat rumah, boarding or angkut sekali balik kampung?


tudiaaaaa..entry pasal kucing dah karangan berjela. so, later peeps!

Read more...

penyakit keturunan proton Savvy

>> Tuesday, June 11, 2013

tudiaaaaa! berapa lama sepi tanpa berita. aku ada je kat twitter. melalut-lalut situ jela. malas giler kot nak taip kat blog. ni pun pakkal ada problem. nama buat blog je ada problem..kalo takde problem, takde entry. aahahhahaha


savvy aku dah start dapat penyakit lampu auto menyala sendiri, pehtu gear tukar ke N.hebat tak? hebat tak? aku ni sumpah busy sekarang ni. tadi baru je google ape masalah tu. rasa macam aku pernah kesahkan menatang apenama sensor2 tu.

disebabkan aku takde masa nak baca info betul2. so aku bookmark dulu page banyak info. selain dari savoc.net aku baru jumpa blog otai savvy. tapi, nape bro jauh kat melaka nun? saya nak coti-coti pun berkira jugak. guano nak gi cecuti sorang2 kan?

tapi, Insya Allah one fine day aku macam nak terjah melaka. hantar JoJo aku tu check and ganti apa patut. aku pun sampai sekarang tatau apebenda patut tukar. ahahahaaa...  tadi baca break plate la..ke ape lagi tu. terus tak paham.



so, sesiapa yang nak tanya  macam-macam kat brader otai Savvy, boleh visit blog dia. situ ada dia tepek segala macam maklumat.. esok2 aku free bulan July baru nak menelaah. sila layari








p/s: 
aku belum jumpa pomen aku. aritu dia takde kat bengkel. if dia ada, mungkin boleh tanya macam2 sikit. anak2 buah dia macam tak reti sangat lah...

Read more...