aircond belt proton savvy putus

>> Wednesday, June 29, 2011

tajuk adalah jujur lagi ikhlas sebab saje nak bagi hit kalo orang google. hahahaha! pasal banyak pulak 2-3 menjak ni orang google pasal problem kereta savvy ni. korang pun ada problem ke?



ye tuan puan, kereta saya tadi buat perangai tengah2 mrr2. nasib lah aku sekarang ni bawak kereta kelajuan sederhana je. sedar diri tayar dah gondol kan... ngam2 dekat simpang nak ke keramat au2 or nak hala ke JJ au2, aku dengar tayar aku macam langgar something. time tu ingat tayar meletup walaupun takde bunyi letupan pun. ni kes sebab tayar dah botak, so aku ingat kotla terlanggar lubang terus pecah ke. effect kena dramatik sikit.


bila dah bunyi macam 'geduk geduk' melanggar benda, aku pun terus masuk susur au2. kebetulan ada tempat tunggu bas/taxi before traffic lite first yang boleh u-turn ke gombak. aku park tepi, mula-mula memang jengah semua tayar. elok je lagi, tak pecah pun. sebab dalam kepala aku pun plan nak cari tayar secondhand kat pandan indah tu. officemate aku beli sebijik rm40 je. so, konon lepas angkut barang nak cari tayar pulak.



so musykil lagi, jengah bawah kereta... haaaa.. terjulur wayar. aku bukak bonet depan. apekaaahhhhh??? serius, aku memang tatau apebenda wayar tu. dahlah dekat dengan engine lepas tu boleh pulak terputus kan. aku cuma ingat orang pernah sebut timing belt. rupa and kat mana lokasi dia aku tatau. menggelupur la ahkak!! ko tak risau pulak. dah lah sorang2 tengah panas lagi tu.. kawasan pulak tak familiar. mahunye aku tak gelabah.



semua manusia aku try call. aku call pomen tak angkat pulak. so, call officemate, pun tak angkat. aku sms officemate lain mintak bagitahu yang aku call tu pegang phone. then baru sms yani mintak tolong topupkan. serabut lah ko tahu... lepas tu call balik officemate, mintak dia menyusur pomen aku tu. nasibla brader awin tu ada... aku pun menunggu lah kat bustop tu hah. muka toksah lah imagine yer, sebab memang sumpah selekeh. ater nak pindah angkut barang. takde kuasa aku nak melawa



sebelum tu adik angkat badak ada datang. dia tengukla kejap... memang kitaorang ingat timing belt je tu. terus bintang2 bijik mata aku mana nak cekau 2-3riban. giler arh! bila brader awin sampai je, dorang memang dah bawak 2 belt. nasib laaa bukan timing belt. ikut bil aku perasan aircond punya dengan amenda tah. boleh pulak benda tu putus... aku memang sumpah takut. sebab sorang kotttt! gigih lah sms jugak nak tanak kat si mr.former. kotla dia ada kat kawasan sekitar. takde makna lah kan.. aku rasa kalo ada pun dia akan reply takde. tapi, sms jugak lah sebab aku pun tatau amenda masalah kereta tu. so, dia reply lah sms2 aku sementara menunggu pomen sampai.



eventho aku memang tanak contact balik. tapi, bila bab kereta aku memang menggelupur lebih. bukan aku tak try call kawan2 lain. tapi, time2 ni lah semua number cannot reachable. stress i! memang syukur sangat lah brader awin tu ada masa kawan ofis aku tu cari dia.


so, agak2 sesiapa ada lalu mrr2 hala ke keramat siang tadi, if nampak kereta savvy black mamba tersadai tepi jalan, itu lah kereta ku. brader awin masa hantar kereta dia cakap macam ada tak kena dengan kereta aku tu. ye bang.. saya tahu. dia memang mintak duittttt aje. cubalah perangai molek sikit... tuan ko ni bukan kaya pun jojo oi! kayap lagi adooo...



total loss today: RM 175

Read more...

savvy: speedometer drop to zero

>> Monday, June 13, 2011

tara tara tara! motip sound effect?

macam nak tercabut jantung aku masa drive petang tadi. aku dah risau kereta mampos tengah jalan jek. nasib time tu aku baru nak masuk lane tengah. dah ura-ura nak ke kanan la.. speed. sebab nak pergi merayap kan. dalam kepala tadi memang ingat kereta akan mati plus berasap2. biasalah effect movie kena ada. hehehee



actually dah seminggu kereta aku tu tak gerak. aku pun memang takde niat nak ke mana-mana. tu yang tersadai je. adalah sekali kot aku panaskan engine.. nasiblah ingat. so, petang tadi kononnya nak pergi cari pasir kucing kat au2. plus nak kena settle few things... aku memang nak pergi pump tayar. kotlah kurang angin ke. dah lepas pump, tu yang aku lalu shortcut masuk duke menghala mrr2. baru je keluar susur nak masuk duke... tak sampai bape meter, tengah nak speed sebenarnya. meter baru naik 80km/h alih2 terus drop ke 0. ko tak gelabah? time tu aku memang nak masuk lane kanan dah... terus cancel, amek kiri turun balik susur ke batu caves.



tapi sempat lagi lah masuk sri gombak withdraw duit semua. sebab aku ingat nak pergi bengkel terus. berani tu dengan tatau ape jadi, siap menyinggah bagai. time u-turn menghala ke giant tu, sekali lagi meter drop. cuma aku tak ler panic sangat, maybe sebab kat kawasan familiar kot. pergi bengkel, tutup pulak. so, aku terus balik hostel. masa ni pun ada lagi meter tu drop.. meter ni kejap dia drop.. kang tak lama naik semula.


dah sampai hostel, terus lah aku google pasal savvy and meter drop to zero tu. confirm lah ada kan? rupanya, another savvy's problem. yang ni masalah gearbox speed sensor. macam biasa lah, aku baca kat savoc. harga dalam 192-200 lah.. kira kalo plus labour tu standby aje rm250. bila aku dah baca tu, tak lah takut sangat nak bawak kereta walaupun meter tu drop. ada orang problem meter drop then dia slowdown gear masuk N. aku ni takde lah gitu setakat arini.. kira tak lah mengerikan nak drive kereta tu.


kalau nak baca pasal tengah drive alih2 meter buat magic drop ke 0, boleh baca kat sini.



KM/H Meter Drop [Gearbox Speed Sensor] (kena login savoc)



tanda penyakit awal ni bila savvy tetiba sangat smooth. takde jerking.. ngine macam ringan jek. aku sebenarnya perasan jugak. lebih2 lagi bila slow kat bumper, then kita kena tekan minyak sikit kan.. elok je aku punya kereta tu lepas bumper. selalu ada jugakla menyengguk sikit. mestilah aku suka kan.. sebab kereta takde macam kereta kuda meloncat2 tengah jalan. rupanya, tanda penyakit. adehlaa... cuma, if biarkan nanti nak service susah sikit lah kot. sebab bila meter tu 0, mileage tak bergerak. kalo ko boleh agak berapa km gerak, should be takde problem lah nak kira mileage.



awal malam tadi, aku keluar. pergi jugaklah giant sebab nak beli pasir kucing. awal2 dah drop ke 0. apekes? aku bawak je.. elok lepas traffic lite kat simpang taman tu, dia naik macam biasa. agak pelik jugakla pasal kereta macam ringan giler. aku ni pakkal memikir yang tayar kereta tak ganti2 lagi. kalo tayar baru, grip sedap tu.. mahu aku speed. dah kata speed pun meter tak naik apecer kan? syokla lelaju.. heheee...



esok aku bawak lah pergi bengkel. biarlah brader awin tu yang operate JoJo. hopefully tak meminta duet lebih. aku pun dah sangap, dengan macam2 benda nak settle. kang aku bagitahu lah pasal speed sensor tu kat dia. lepas ni aku nak move out dari batu caves. maybe ke pandan perdana/maluri/kg pandan or area ampang/cheras. so, rasanya kena cari bengkel belah2 situ pulak. anyone yang tersampai ke sini, please drop a comment yer.. kotla tahu mana2 bengkel area ampang/cheras yang biasa operate savvy. aku nak cari renault specialist.. tapi, belum google lagi. tahu ada kat puchong je...



btw, boleh like facebook sorang forumer savoc ni. Jiash, aku rasa dia mekanik kot.. area mutiara damansara, dekat2 curve semua la kan? dia ni jual part, macam berkenan pulak nak pergi tempat dia. tayah cerita panjang lebar, konfem dia boleh tahu ape penyakit savvy ye dak?



like his facebook...

Savvy Automotive Parts




ralat: aku baca fb tu, macam confuse sikit. maybe he just sell the parts and ada installation jugak. tapi, dia takde bengkel. i guess, if dia ni ada bengkel lagi senang orang pergi cari kan?




mintak-mintak semua okey. amin.

Read more...

kereta savvy saya

>> Friday, May 20, 2011

aku rasa ramai jugak sampai ke sini sebab baca entry masalah aku dengan savvy tu dulu. aku pun ada letak link kat mana aku dapat info2 tu kan? kejap tadi aku baru login savoc. hajat di hati nak survey2 tayar ke sportrim yang tak berapa sport. aku nak drive laju sekarang ni macam takut sikit sebab tayar hampir botak.


then, ternampak lah pin out thread pasal AMT ROBOTIC EXPOSED. aku rasa majoriti savvy's owner merungut pasal benda ni. setakat hari ni aku belum lagi lah face the problem. harap memang tak la kan.. sesiapa yang ada problem gear tak boleh shift ke manual or auto.. aku mintak korang baca lah thread tu. aku nak baca macam pemalas... baca yang depan2 lepas tu terus ke belakang. owh, kena register savoc yer.. korang tak boleh baca kalo free view.


aku ni duduk batu caves, baru 2 kali kot aku hantar service kereta kat bengkel area depan kuil tu. ikut alamat, taman sri batu caves.. aku nak explain pun tak berapa reti kat mana bengkel ni. tapi senang je sebenarnya. maybe sebab owner dia melayu, jadi aku cam rasa secure jek. kata pun mekanik kan... serah aje lah kat dia.




gigih kah buat map? hahhaaa! hodoh je aku rasa.. tapi ni je mampu aku buat. pandai2 korang lah tenguk camane. kalau ikut landmark yang aku bagi tu konfem sangat boleh jumpa. giant batu caves besar gabak tu kalau korang tak nampak memang tak mampu mak nak menolong nok... bengkel tu yang kaler hijau.. lepas je corner, terus boleh nampak sebab ini bengkel first kat row kedai.



aku tak pasti either dorang boleh betul2 repair savvy macam yang bebudak kat savoc terror explore segala isi perut kereta tu. tapi, alhamdulillah lah masa first time aku hantar kereta kat situ, drive semula memang rasa sedap. maybe time tu aku hantar suruh dia check semua kot. dengan buat balancing tayar yang dah ke kiri je. so sesiapa nak repair kereta tak kira lah kereta jenis ape boleh lah hantar kat brader2 situ.







update 2 May 2013: 

bengkel dah takde.  try suggestion bengkel di sini










aku paste address la ye..


Areput Enterprise
No. 135, Jalan SBC , Taman Sri Batu Caves, Batu Caves, Selangor

Phone
6-03-6184 2239

Fax
6-03-6184 2239




SELAMAT BERWORKSHOP!

Read more...